Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Tuesday, September 28, 2010

Diam-Diam Tak Diam

Diam-diam ubi berisi.Diam-diam aku...lagi sebulan nak habis study.Pejam celik,pejam celik je.Tau-tau dah 3 bulan Aku kat Kemaman.Tinggal sebulan je lagi...Mana arah tuju Aku lepas ni, Aku sendiri pun tak tahu.Apa-apa pun, lepas habis ni Aku dah plan nak gi Gunung Ledang.

Aku ada apply untuk buat praktikal kat sini as Management Training.Tak tahu la dapat ke tak...Kalau dapat, nampaknya bermastautin la 6 bulan lagi Aku kat Kemaman.

Geng Baju Kuning

Monday, August 16, 2010

Keras Di Dunia Baru

Baru sebulan lebih masa berlalu...Rasanya macam berkurun.Bosan tahap cipan kat sini, lebih-lebih lagi time Aku belum ada broadband & tv.Kalau ada broadband tu, boleh jugak online buat geli-geli.Kalau ada tv boleh Aku melayan cerita cartoon, tak pun Pearl Screen ke...

Lepas habis kelas je, terus mati kutu.Tak tahu nak buat apa.Pusing kiri bosan, pusing kanan boring...Nak-nak hari Jumaat & Sabtu. Lagi la bosan sebab ramai housemate Aku balik kampung.Ada antara diorang ni yang kampungnya tak jauh sangat.So tiap-tiap minggu la diorang balik.

Rindu bau ketiak mak katanya..!

Masing-masing berangan nak jadi Darth Vader.
Aku pulak bukannya tak nak balik kampung...Tapi rasa macam membazir duit tambang je.Maklum la, dah jadi student ni kena la berjimat-cermat sikit.Balik kampung pun bukan boleh buat apa... Melanggok juga!

Friday, May 28, 2010

Pro & Kontra

Semenjak dua menjak tak ada motor ni, Aku dah tergolong antara penumpang setia En.Rapid untuk perjalanan balik ke rumah selepas kerja.Kalau time gi kerja Aku lagi prefer bas mini atau cab.

Selalunya cab memang menjadi pilihan Aku di waktu pagi sebab...Aku memang bangun lambat.So kalau nak tunggu bas, alamatnya tengahari buta la baru Aku buka kedai.

Lepas tu confirm kena saman dengan pak guard or mak guard.Kemudian kemungkinan besar akan di susuli pula dengan maki hamun dari En.Boss.

Huh..tak sanggup Aku!


Dua tiga hari kebelakangan ni, Aku sering di ganggu oleh ketidakselesaan yang teramat sangat apabila naik En.Rapid ni.Gangguan yang di maksudkan tu adalah bauan yang di bawa sekali oleh penumpang lain.

Bau kaki cagu..!

Friday, May 14, 2010

Tukar Nama

Abah & umi datang jumpa Aku sebab nak settle kes Akaun Tabung Haji.Nak tukar nama Aku.

Masuk kereta, umi diam je takde cakap sepatah pun.Cuma sekali-sekala je dengar suara abah.Tu pun sebab nak tanya Aku, jalan mana kena lalu untuk ke Bank Tabung Haji seksyen 18.

'kiri...'
'roundabout ambil kul tiga'
'traffic light belok kanan, lepas tu kiri'

Lenggang gila Bank Tabung Haji ni.Mungkin bukan musim orang gi Mekah kot.Berbeza dengan Maybank seksyen 14 yang sentiasa busy je.

Wednesday, May 5, 2010

Kasih Umi

Pagi tadi Aku dapat sms dari umi...

'salam...kalau ada masa nanti call umi.'

Huh..! Suspen lak Aku bila baca sms tu.Ni mesti pasal kes Aku nak sambung belajar.Takpe...nanti tengahari kang Aku call.Sekarang ni tengah busy gila.Macam-macam kena buat & yang paling penting daily sales report kena siap.

Sebenarnya Aku cuak sebab semalam umi cakap kat Aku dia akan bagi tahu abah yang Aku nak sambung belajar.Tapi Aku gerenti abah takkan support Aku lagi.So buat apa nak cuak kan..? Relax sudah.

Settle semua kerja, Aku terus call umi.

Tuesday, May 4, 2010

Melepas La...

Dulu Aku memang malas nak belajar.Abah Aku hantar Aku masuk kolej, Aku main-main.Ponteng kelas, assignment hampeh tak hantar.

Kekadang tu, tajuk assignment pun Aku tak tau.Gila bangang Aku time tu.Maklum la, abah Aku support semua.Dia takde letak syarat pun Aku kena bayar balik.

Member-member yang satu batch dengan Aku dah dapat diploma, Aku still sangkut kat semester 4.CGPA pun cukup-cukup makan.Banyak sangat subjek yang kantoi.Lama-lama bosan.Aku berhenti belajar.

Abah Aku memang cool...Dia bagi Aku peluang ke-2.Tapi Aku still main-main lagi.Tak puas enjoy, bisik hati Aku...Kali ni tak sempat nak merasa semester 3, Aku dah buat hal.Sangkut paper sana-sini.Bangang Aku datang lagi...Aku berhenti belajar.

Thursday, April 29, 2010

Naga Jantan

Tak tahu la apa kena dengan En.Rapid.Selalunya on time je.Tapi malam tadi, dekat dua jam Aku tunggu baru dia sampai.Dah la kat bus-stand ni ada banyak nyamuk terbiar.

Di tengah kesibukan sang nyamuk menggigit-gigit dan menghisap darah tiga rasa Aku dan juga penunggu setia En.Rapid yang lain, tetiba terlintas di fikiran alangkah baiknya kalau Aku boleh bertukar menjadi seekor naga jantan pada waktu-waktu genting begini.Akan Aku semburkan api keluar dari mulut Aku untuk menghalau sang nyamuk yang sedang asyik membuat onar.


Agar terbela nasib semua penunggu setia En.Rapid kat bus-stand ni...

Wednesday, April 21, 2010

Muzik Korang, Lagu Kita...

Muzik...Lagu...sama je kot.Bagi Aku, tak kisah lah muzik apa.Aku layan je...Best ke tak best ke, Aku henjut.Kalau rasa nak muntah, Aku stop kejap.

Senang je nak bagi lagu yang hampeh jadi tahap lagu 'boleh layan'.Petua Aku, dengar je banyak-banyak kali.Buat bodoh.Nanti lama-lama confirm terikut nyanyi.Maksudnya dah 'boleh layan' la tu.


Aku kadang-kadang malu, segan, takut, fobia, stim & macam-macam rasa bila ada 'orang luar' masuk kedai Aku.Maksud 'orang luar' tu macam mat saleh, japanese, pak itam, pak arab atau nepal sekalipun.Janji bukan orang kita.Malaysian...

Friday, April 16, 2010

Bulan Puasa Punya Cerita

Aktiviti berbuka beramai-ramai & meraban kat KL di bulan puasa ni dah jadi antara aktiviti tahunan Aku dengan budak-budak Bawal, selain daripada beberapa aktiviti lain yang agak banyak membuang masa & meruntuhkan akhlak.

Aktiviti ini juga di pandang serius oleh sesetengah pihak, sehinggakan ada yang sanggup ponteng kerja untuk menjayakannya.

- Perbincangan selepas berbuka, mengeratkan lagi perhubungan sesama insan -

Pagi tu, budak-budak dah telefon & sms memb*bi buta.Cuma Aku je tak larat nak menggangkat phone.Tau-tau je, Aku sedar dah pukul 4.30 petang.

Damn hell yeah..!

Wednesday, April 14, 2010

Wira Bikin

Petang lepak dengan Karat bincang-bincang buang masa, sambil makan gaji buta.Pekena rokok 2-3 batang lepas gian.

Karat cerita, dia ada seorang member.Sangat rendah profil.Kalau ada duit berjuta kaya macam Samy Vellu, member dia kata nak pakai Wira bikin.


Aku berdekah...diam & terpinga.

Friday, April 9, 2010

Musim



Setiap generasi punya citarasa sendiri,
Gaya nan terkini irama muda-mudi...
Fikir cara terbuka, jangan pandang NEGATIF saja.
Inilah masaku, biar ku dengan.....

<<<

Kriiinnnggg.....

Sunday, April 4, 2010

Aku Steady Je...

Aku berjalan senonong menyelusuri tepian jalan raya dengan diselubungi terik matahari jam 12.Kelihatan nun sayup di hujung sana destinasi Aku.

Aku seluk poket seluar.Keluarkan sebatang rokok.Lalu Aku nyalakan.Aku sedut dan Aku hembus...Maka keluarlah kepulan asap kepuasan dari mulut dan kedua lubang hidung Aku.


Seorang pak guard Nepal yang lagaknya seperti masih belum fasih Bahasa Malaysia merenung tajam kat Aku tatkala Aku nak melangkah masuk pintu Maybank.Ops..! Lupa lak rokok Aku tak habis lagi.

Saturday, March 27, 2010

Tutup Jangan Tak Tutup

Saja Aku post lambat-lambat.Kang post awal-awal takut nanti ada yang lupa lak...


Malam ni pukul 8.30 malam, kita pakat ramai-ramai tutup semua lampu yang ada kat umah tu.Sampai pukul 9.30 malam je.Tak lama pun...

Tuesday, March 23, 2010

Aku Perokok Tegar & Award

Tumpang tanya...Beautiful Blogger ni sama ke macam Beautiful Boxer?

 

1- Thanks & link the person that give you the award.

Terima kasih lah kat Cik Adah yang pass award ni kat Aku.Jasamu akan Aku kenang...

Kan lagi best kalau ada disertakan sekali saguhati berupa wang emas bersama-sama dengan award ni.Lepas jugak Aku buat bayar air time lepak-lepak tengok bola.

Tapi takde pun takpe la...Aku bukannya jenis yang berkira sangat.

2- Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

Ni la 15 orang blogger yang bertuah tu...Yang tak terpilih, jangan la korang rasa kecik hati atau cakap Aku ni pilih kasih lak.Ikutkan hati Aku, semua orang Aku nak bagi.Tapi dah syarat dia 15 orang je.So, Aku nak buat macam mana....Ni pun Aku main hentam sumbat je.Nasib la siapa yang dapat.

Friday, March 19, 2010

Mari Berkempen..!


Aku sokong sangat-sangat la kempen Hari Tanpa Beg Plastik ni.Kalau boleh hari-hari pun tak pe.Save sikit budget kedai Aku.Takde la tiap-tiap minggu Aku nak kena order beg plastik.

Monday, March 15, 2010

Adrenalin FT


Boleh dikatakan Aku respect la juga dengan lu bro... Album ke-2 lu (versi Limited Edition) siap dapat setem lagi.Yang specialnya, setem tu bukan gambar buah manggis, rama-rama mahupun bunga orkid.Tapi gambar lu sendiri.Gila gempak..! Berjoget sakan la fans lu yang beli album Adrenalin versi Limited Edition ni.

Tapi Aku kecewa sikit dengan album baru lu ni bro...

Friday, March 12, 2010

Alice In Wonderland

Satu lagi cerita arahan Tim Burton dan lakonan sempoi si Johnny Depp.Cerita ni takde  kena-mengena langsung dengan cerita Pirates of The Caribbean ataupun Charlie And The Chocolate Factory.


Aku bukan nak cerita pasal keseluruhan cerita ni.Kalau korang semua nak tahu jalan cerita dia, korang boleh la pergi tengok kat mana-mana panggung wayang yang berdekatan dengan rumah korang.Kalau nak pergi yang jauh pun boleh...Ikut sedap korang.

Friday, February 26, 2010

Salahkah Aku..?



Salahkah Aku..?

Tuesday, February 16, 2010

Gunung Nuang, Awang Dania & 2 Orang Konco

Cuti raya cina hari tu Aku & beberapa orang member Aku, tak ramai...adalah dalam 10 orang camping kat Gunung Nuang.Masuk ni dua kali Aku camping kat sini.

Sebabnya, masa first time hari tu rasa macam tak puas lak tak dapat gosok gigi kat air terjun Gunung Nuang ni (tertinggal ubat gigi). Tu yang repeat lagi sekali.Lagi pun time tu yang pergi cuma 5 orang je.Lima-lima tak gosok gigi...

Kali ni walaupun tak semua ahli majlis yang pergi, tapi kira ok la daripada tak jadi pergi langsung.Ada Don, Atuk, Daus, Mazlan Lombok, Apis Bepok, Ustaz, Sam Landak, Bihan Kecik & Awang Dania.Agak complete sikit korum berbanding camping yang lepas.

Friday, February 12, 2010

Warga Dunia Biru

Kerja tak banyak mana pun.Tapi saja Aku acah-acah busy.Baru la kerja namanya...Kang kalau dok rileks cakap Aku makan gaji buta lak.

Tengah Aku dok acah-acah busy buat rutin harian, tetiba ada sorang pakcik masuk kedai Aku.Time tu dah ada dalam 4-5 orang customer kat dalam kedai.Pakcik ni lain macam lak Aku tengok...Gaya macam suspect aka.Mana taknya, masuk-masuk je terus usha kaunter.Nasib baik time tu Aku ada kat kaunter.Bahaya ni...Jangan cari pasal pakcik!



Tuesday, February 9, 2010

Macam-Macam Hal

Macam biasa la...Bila cuti ni boleh bangun lambat sikit.Hajat hati nak kemas-kemas bilik.Dah macam tong sampah lak Aku tengok bilik ni.Dapat touch-up2 sikit pun dah kira ok.

Bangun-bangun check fb dulu...Tengok-tengok kalau ada apa-apa perkembangan dunia.Ke tak pun mana tahu ada lagi muncul dua tiga orang malaun yang menulis tak guna otak.Kang dah jadi kes, confirm menggelabah.Gugur semua bulu...


Friday, February 5, 2010

Jantan-Jantan Atas Bunga

Aiseyman..! Bangun lambat lagi hari ni.Jangan harap la nak mandi.Mana sempat.Tak pe...Aku ada ubat ketiak.Sental je lebih sikit.Bukan orang tahu pun Aku mandi ke tak.Janji ketiak wangi...

Aku kena buka kedai sebelum pukul 10.30am.Kalau lambat, confirm ada pak guard atau mak guard yang dok terpacak kat depan kedai nak mintak autograf.Bukannya tak biasa...Selalu sangat Aku sain.Dah naik muak.

Sunday, January 31, 2010

Layar Lara

Hari cuti Aku memang suka duduk terperap je kat rumah.Mengadap laptop...Jarang sekali Aku keluar.Tapi kali ni, mungkin sebab dah terlampau lama mengadap laptop kot, Aku rasa mata Aku macam dah naik juling.So, baik Aku rileks.Puasa online jap...Kang 'permanent' lak juling mata Aku ni.Keluar layan movie kat cinema pun best gak.

Sampai Jusco, Aku terus lincah gi TGV.Usha dulu cerita apa yang best.Tapi Aku dengar member-member kat fb cakap cerita blue 'Avatar' best.Bedal lah...layan tengok sorang-sorang.(pergh, masuk air..!)


Tuesday, January 26, 2010

Komuter - Cerita Dalam Gerabak

Public transportation..! Yes, Aku memang suka naik kenderaan awam ni.Lagi-lagi komuter...Tak tahu la apasal Aku admirer sangat kat keretapi ni.

Ingat lagi masa Aku kecik-kecik dulu.Time tu komuter belum wujud lagi.Yang ada cuma 'rel bus'.Seronok sangat bila dapat naik rel bus ni.Sampaikan cousin Aku yang sorang tu menangis sebab terlampau seronok.(taksub gile..!) Rel bus ni lebih kurang sama la macam komuter gak.Cuma takde air-cond & lagi lembap...

Sekarang ni, kalau Aku rasa nak gi KL ke...Mid Valley ke, Aku lagi suka naik komuter.Aku tak suka bawak kereta.Sebabnya...Aku takde lesen & Aku mana ada kereta..!

Dalam rutin hidup Aku, paling tidak pun sebulan sekali Aku mesti naik komuter.Sebabnya, Aku kena pergi hq - meeting.So, kene naik komuter.Layan tu...

Bestnya naik komuter ni sebab banyak awek.(cuci mata free ooo..!) Paling ngam pagi.Time tu awek semua tengah fresh, sugar-bugar & bermacam-macam perisa.Tommy Girl, Issey Miyake, CK Escape, semua ada.Pilih je nak bau apa.Wanginya sampai boleh gugur bulu-bulu hidung...

Tapi...langit tak selalunya cerah, kehidupan tak selalunya indah...

Friday, January 22, 2010

Bukan Lagi Favourite

Dulu...air milo, rasa milo.Air sirap, rasa sirap.
Sekarang... air apa pun sama je rasa, tak sedap. (konsep 1rasa kot...)

Dulu...bersih, kemas, cantik. (rock, clean & steady...)
Sekarang...dah macam tongkang pecah rupanya...

Dulu... cerita semuanya best. (dvd cetak rompak la tapi...)
Sekarang... asyik dok pasang drama tv bersiri. (tak rock langsung!)

Dulu... blah.
Sekarang... dah tak boleh blah.

Seloka rakyat madah berhelah dua tiga kerat kat atas tu, Aku tujukan pada Pakcik Rock Dulu-Dulu.Semua ni gara-gara Pakcik Rock Dulu-Dulu tukar 'assistant manager' dia.

Wednesday, January 20, 2010

Sama Je...

Huh..! Tahun ni paling banyak Aku dapat wish birthday.(kecoh...) Tersedar ari ni pun sebab ada sms masuk kat handphone Aku.Wish birthday katanya...Nombor tak kenal, tapi gaya macam pompuan.Ah...reply je.Kalau bapok pun lantak la.Susah-susah Aku pass je nombor phone bapok tu kat Ijan.Pandai la dia setelkan...

Nak tidur balik dah tak boleh.Kacau betul...Bukak laptop la apa lagi.Login Facebook.Huh..! Kalah sms part wish birthday kat fb ni.Terpaksa la Aku melayan, balas ucap tima kasih.Kang Aku tak balas cakap Aku sombong.. bongkak.. takbur.. makan gaji buta.

Birthday tahun ni, sama je macam tahun yang lepas-lepas...Duduk kat rumah.Bukan tak nak keluar, tapi...tak tau nak pegi mana.(ceh alasan...padahal takde pompuan nak ajak keluar.) Beza die, tahun ni Aku terperap dalam bilik dengan laptop.Layan fb...

Tahun ni, first time Aku buat peraduan kat blog Aku. Teka & Menang Komen & Menang.(yela...tahun lepas-lepas, Aku mana ada blog.) Bukan apa, saja nak promote sikit blog ni...Ok gak la sambutannya.Walaupun tak semeriah & sehangat sambutan Hari Merdeka.

So...ni lah pemenang dia.Pengomen ke-7.

Tuesday, January 19, 2010

Komen & Menang..!

Akhirnya hari ni sempena birthday Aku, Aku dah ada blog 'free'.Kiranya ni blog ke-2 Aku.Blog pertama Aku, blog berbayar.(dot com Aku sendiri) Terbalik lak Aku ni.Orang selalu ada blog free lepas tu baru buat blog berbayar.Ntah...(lantak la...)

Blog ni Aku buat sebenarnya sebab...azam tahun 2010 Aku nak ada blog ke-2.So alhamdulillah...salah satu azam 2010 aku dah tercapai. (ceh...)

Sebab ni post pertama blog Aku & hari ni birthday Aku, Aku tetiba rasa macam hari ni mood Aku baik lak.Selalu hari-hari rasa macam nak lempang je budak-budak yang dok masuk kedai Aku, lepas tu bikin kecah...bukan nak beli pun.(woi, apa tengok-tengok..!beli la.)

Apa kata Aku bagi hadiah sikit kat korang.Bukan semua k...Kalau Aku bagi kat korang semua, alamat pokai la Aku.So Aku buat ala-ala peraduan Teka & Menang.Tapi Aku punya Komen & Menang..!