Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Friday, May 14, 2010

Tukar Nama

Abah & umi datang jumpa Aku sebab nak settle kes Akaun Tabung Haji.Nak tukar nama Aku.

Masuk kereta, umi diam je takde cakap sepatah pun.Cuma sekali-sekala je dengar suara abah.Tu pun sebab nak tanya Aku, jalan mana kena lalu untuk ke Bank Tabung Haji seksyen 18.

'kiri...'
'roundabout ambil kul tiga'
'traffic light belok kanan, lepas tu kiri'

Lenggang gila Bank Tabung Haji ni.Mungkin bukan musim orang gi Mekah kot.Berbeza dengan Maybank seksyen 14 yang sentiasa busy je.

Disebabkan takde orang sangat, so masa menunggu jadi kejap.Tak sampai 5 minit dah sampai turn Aku.

'Mintak IC dik..' pinta akak kaunter Bank Tabung Haji kat Aku.

'Umur ## tahun...dah kahwin belum?' akak kaunter Bank Tabung Haji bersuara lagi.

'Belum...baru dok sibuk nak sambung belajar.' tetiba je abah mencelah.

16 Pinggan Nasi Tambah:

nasikputeh said...

motif dia tanya?

kene kawin dulu ke baru boleh tukar nama..?
hahaha

KeJoRa said...

perrghh.....menusuk kalbu dgn kata-kata beliau....

Aku said...

nasikputeh - ntahla...Aku pun tak tau.Maybe dia nak ajak berbual kot.hahaha

KeJoRa - pedih wooo..!

HaiDa HiDa said...

ingatkan tdi nk tuko nama Aku kt blog ni kepada nama sebenar.. hehehe.. tukar nama akaun tabung aji yer.. dia tanya mungkin ada pakej apa2 kot..

citahrudin said...

sayang abah-abah mmg pesen mcm gitu...

berpedih-pedih lah sementara buleh pedih

Aku said...

HaiDa HiDa - nama sebenar..? hehehe

citahrudin - memang macam tu...asal jumpa Aku je mesti nak berpedih-pedih.adeh!

hans said...

hahahaha
dia suka ko la tu

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. mybe dia nak tau ada kekosongan tak.. hihi :P

ke muka dah macam ayah budak dah? hehe :P

main je.. makin teruja nk tau kisah ni..

Aku said...

hans - ish...ko ni.ada2 je.hehehe

ASaDa RyutaRo - muka ok je...awek muda.kih kih kih

dkama said...

masuk musim haji rasanya maybank bertambah bz... PEACE...

Aku said...

dkama - 2-3 ari nak raya puasa lagi la bz...peace no war!

hans said...

sah tu dia tertarik dengan kekacakan ko

hans said...

kuikuikui
betul apa
hahaha

Aku said...

hans - bab2 kekacakan tu...Aku no komen.hahaha

arekymz membuyau said...

hahaha..
nape umur di ### kan??

Aku said...

biarlah rahsia...bak kata Kak Siti.
hehehe.