Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Friday, January 22, 2010

Bukan Lagi Favourite

Dulu...air milo, rasa milo.Air sirap, rasa sirap.
Sekarang... air apa pun sama je rasa, tak sedap. (konsep 1rasa kot...)

Dulu...bersih, kemas, cantik. (rock, clean & steady...)
Sekarang...dah macam tongkang pecah rupanya...

Dulu... cerita semuanya best. (dvd cetak rompak la tapi...)
Sekarang... asyik dok pasang drama tv bersiri. (tak rock langsung!)

Dulu... blah.
Sekarang... dah tak boleh blah.

Seloka rakyat madah berhelah dua tiga kerat kat atas tu, Aku tujukan pada Pakcik Rock Dulu-Dulu.Semua ni gara-gara Pakcik Rock Dulu-Dulu tukar 'assistant manager' dia.



Aku tak tahu la 'assistant manager' yang lama tu dah pergi mana.Berenti ke, kene pecat ke...tak pun merajuk dengan Pakcik Rock Dulu-Dulu.Yang pasti, 'assistant manager' yang baru ni memang pemalas tahap nak kene lutut kat dahi baru nak buat kerja kot...

Kerusi bersepah, meja tak berelap.Buat air tak sedap langsung..! Sebab tu la customer makin kurang.Hampir semua dah lari gi kedai air kat hujung belah sana pulak.Termasuk la Aku...Yang stay kat situ pun cuma tinggal kroni-kroni Pakcik Rock Dulu-Dulu je la kot.Adalah dua tiga couple yang Aku perasan masih tegar lagi minum kat situ.Yela...orang tengah hangat bercinta, mana nak rasa air tu sedap ke tak.Main belasah je...Janji bahagia.

Kesian kedai air Pakcik Rock Dulu-Dulu... Bukan lagi favourite Aku nak melepak kat situ.

Moral of the Story : Nak air sedap, suruh orang pandai buat air bancuh.Confirm sedap...

10 Pinggan Nasi Tambah:

Dr House said...

Boleh lingkup kedai kalo tukang buat air dia tak pandai buat air.

Aku said...

Nampak gayanya macam tu la...

WADEE said...

xpe bro...service come first..ait the tarik tu mcm akunye je hehehe

zeqzeq said...

assalam..sedap nikmat subjektif..

nak sedap tea, celup IBU jari yang berpeloh huhuu

Aku said...

@wadee - memang pun.Aku beli untuk ko.Amik la...

@zeqzeq - w'salam...nak celup yang mana.ibu jari tangan ke kaki..?

wandisini said...

kedai mana ni bro, minum air 1 gelas dapat rasa semuanya.hhe...kenalah dengan konsep negara kita sekarang 1 malaysia.heheh..

sekarang semua ada pilihan, kalau 1 kedai tu rasanya dah tak menarik untuk di kunjungi lagi. memang customer akan cari pilihan lain

Aku said...

Kedai favourite Aku...

Memang Aku dah tak pegi lagi kedai tu.
Boikot kejap...

zeqzeq said...

kalat tada milo boleh nangis kan hee

Aku said...

Addict tu...
Hahaha...

Mr. K said...

Aku kalau pasal air nie memang cerewet... itu pasal kalau nak kene teh ..aku misti ke kedai mamak yang ada track record baik dalam menyediakan air teh aku ..contoh skang ..aku selalu lepak pelita..dan ada beberapa kedai yang la ..kalau aku pegi kedai melayu memang aku tak minum teh tarik ..pasal aku takut rasa dia tak memenuhi apa yang aku nak...so kalau kedai melayu aku suka ambik teh o nipis jer...kadang kadang air cekkai tu pun gagal ...