Semenjak dua menjak tak ada motor ni, Aku dah tergolong antara penumpang setia En.Rapid untuk perjalanan balik ke rumah selepas kerja.Kalau time gi kerja Aku lagi prefer bas mini atau cab.
Selalunya cab memang menjadi pilihan Aku di waktu pagi sebab...Aku memang bangun lambat.So kalau nak tunggu bas, alamatnya tengahari buta la baru Aku buka kedai.
Lepas tu confirm kena saman dengan pak guard or mak guard.Kemudian kemungkinan besar akan di susuli pula dengan maki hamun dari En.Boss.
Huh..tak sanggup Aku!
Dua tiga hari kebelakangan ni, Aku sering di ganggu oleh ketidakselesaan yang teramat sangat apabila naik En.Rapid ni.Gangguan yang di maksudkan tu adalah bauan yang di bawa sekali oleh penumpang lain.
Bau kaki cagu..!
Kalau di ikutkan dari segi negatif, si mamat berkaki cagu ni memang akan menyebabkan aku dan juga penumpang lain berasa amat kurang upaya untuk bernafas.
Bau yang di bawa oleh si mamat berkaki cagu ni juga boleh mengakibatkan simpton-simpton seperti pening-pening, berasa loya, hilang selera makan serta berpeluang cerah untuk muntah dengan kadar segera di tempat kejadian.
Dari sudut pandangan positif pula, si mamat berkaki cagu ni akan menyelamatkan sesiapa saja yang suka tidur dalam En.Rapid.Jadi takkan ada lagi kes terlelap dan terlepas tempat nak turun.
Mana taknya...confirm tak boleh nak lelap walau sesaat pun kalau dah bau kurang selesa menangkap kat lubang hidung.
Semoga si mamat berkaki cagu mendapat hidayah untuk basuh kaki sebersih-bersihnya dulu sebelum naik En.Rapid.
Amin..!
Friday, May 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Pinggan Nasi Tambah:
ditambah pulak dgn bau badan...
perghhhh....buleh terencat deria bau..
azabnya, Tuhan saja yg tau...huhu
bau badan xyah cakap la.
macam2 ada.
Aku dah lali dah ngan bau badan.
hahaha...
adeh...bau badan ngn kaki...mmg 2 mende paling menyampah kalo nek bas...aku sanggop diri lame2 dari bau 2 mende tu...
nak tak nak, Aku terpaksa gak terima.
redha walaupun terpaksa.
huhuhu...
hihi,besa la tu~ macam2 bau ade dlm bas tu,tapi nak wat cne,tu je plg murah,redah jela~
betul3...
kalau pegi balik naik cab, jawabnya pokai la Aku.
hahaha.
dah follow blog ni,,hope follow me back.. if done, thanks so much to you..taataa
en. rapid pon en. rapid lah, asal sampai sudah
hehe rasanya aku boleh dikatakan tak tau camne naik naik kemudahan komuter dan yg seangkatan dgnnya....
naik komuter dari seremban nk ke nilai pun dah duk dak duk dak je jantung... haha
huhu... biasalah tu...dulu mase sekolah pon selalu jugak bau2 nie...tambah2 lagy kalau lepas balik sekolah...wangi sungguh...huhuhuhu
Post a Comment