Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Friday, April 16, 2010

Bulan Puasa Punya Cerita

Aktiviti berbuka beramai-ramai & meraban kat KL di bulan puasa ni dah jadi antara aktiviti tahunan Aku dengan budak-budak Bawal, selain daripada beberapa aktiviti lain yang agak banyak membuang masa & meruntuhkan akhlak.

Aktiviti ini juga di pandang serius oleh sesetengah pihak, sehinggakan ada yang sanggup ponteng kerja untuk menjayakannya.

- Perbincangan selepas berbuka, mengeratkan lagi perhubungan sesama insan -

Pagi tu, budak-budak dah telefon & sms memb*bi buta.Cuma Aku je tak larat nak menggangkat phone.Tau-tau je, Aku sedar dah pukul 4.30 petang.

Damn hell yeah..!

Mengelabah Aku mandi, pakai baju seluar siap-siap terus keluar.Aku plan nak pergi KL naik komuter.Tapi sebelum tu kena naik bas gak nak pergi stesen komuter tu.

Sampai bus-stop tekak Aku dah hilang basah.Maklum la puasa...Kena pulak berjalan tengah-tengah panas nak ke bus-stop ni.Cobaan...

Kat bus-stop time Aku sampai dah ada dalam 3-4 kerat yang dok menunggu.

Yang paling Aku ingat, ada sorang akak kat bus-stop ni. Emmm... Mungkin makcik kot.Tapi agak boleh tahan la.Cutting kerengga dia still ada lagi.Pandang Aku dengan senyuman tersipu-sipu manja.

Gatal jugak makcik ni...Ada hati nak pikat belia muda macam Aku.Aku senyum balik sambil-sambil tahan nafas, sebab nak cover perut buncit.

Sampai je stesen komuter, ngam-ngam ada komuter tengah menunggu.Apa lagi, berlari la.Tau-tau komuter tu rosak lak.Ceh..! Buat penat Aku je.

Jam kat handphone Aku pukul 5.30 petang.Komuter ke KL agak lenggang.Al maklum la...Siapa nak pergi KL time-time macam ni.Orang semua berebut nak balik rumah berbuka dengan family.

Komuter yang Aku naik ni jenis duduk pandang mengadap.So kat depan tengah duduk mengadap Aku, ada sorang brother dengan awek dia yang dok sedap lentok kat bahu.Penat kot.Sampai tertidur awek dia.Kesiannya...

Menyirap pulak Aku tengok brother ni...Tau la ko ada awek.Tak payah la nak berlagak dengan Aku.Senyum-senyum pulak...Kang kalau Aku dah pijak ko, apa pun tak dapat.

Untuk mengelakkan sebarang kejadiaan yang boleh membatalkan puasa & tak diingini berlaku, Aku cepat-cepat pandang tempat lain.

Aku toleh kanan, tengok ada makcik dok sibuk baca majalah ntah apa ntah, siap ada gambar kuih-muih lagi.Sepintas lalu perut Aku memberontak. Cobaan...

Aku turun kat KL Sentral sebab nak kena naik monorail pulak ke Sg.Wang.Budak-budak semua dah kat sana tengah pusing-pusing tunggu time nak berbuka.

Lain pulak halnya dalam monorail ni.Aku berdiri & sekali sekala terpaksa tahan nafas untuk menutup kelemahan perut Aku yang agak sihat ni.Sengaja Aku tak nak duduk sebab nak bagi laluan pada pakcik, makcik & insan-insan yang kurang upaya untuk duduk.

Tiba-tiba rasa sejuk lak hati Aku ni bila Aku pandang awek-awek yang ada kat dalam monorail ni semuanya senyum kat Aku.Pusing kanan, ada awek senyum.Pusing kiri, ada mak awek senyum.Pusing depan, pusing belakang confirm ada yang senyum kat Aku.

'Mungkin inilah dia kebahgiaan....' Terngiang-ngiang suara M.Nasir di cecelah gegendang telinga Aku.

Sampai Sg.Wang, Aku ke toilet dulu.Nak buang apa yang patut & touch-up apa yang perlu.

Tiba-tiba Aku rasa macam ada something yang tak kena...

Terbayang wajah makcik cutting kerengga, brother awek lentok, awek-awek & mak awek monorail.Aku dah tau dah kenapa korang senyum-senyum & tersipu manja tengok Aku.

Zip seluar Aku dalam keadaan lupa diri rupanya.Terkangkang luas.Patut la Aku rasa macam ada angin masuk je...

Moral of the Story : Jangan mudah lupa diri & amalkan gaya hidup sihat dengan bersukan.

7 Pinggan Nasi Tambah:

KeJoRa said...

hoho!

tragis sungguh...

♥♥relyza♥♥ said...

opssss!
punya lama cite ni baru nak up ke?? hahahaa
so tragik!

BonekadalamChermin said...

wuwuwu

T_____________________________T"
tak agak2 la weh..diorang sume yg jadi saksi tu mesti nyanyi bende yg same lam hati..
'mungkinkah ini kebahgiaan~~~'. ahaha =)

HaiDa HiDa said...

lawak gak awak ni yer..
ingatkn tdi nk citer pasal menu berbuka..
hehehe..

hans said...

hahahah
sengal
nasib takder benda lain yg keluar
hahahahaa

~eVerYtHiNG~ said...

huhu..mst pasti sentiasa ingat zip suar..

eQuRlz said...

hakhak..lawak la.. klu eqa mesti eqa tegur kot ckp psal zip tbka tu slow2.. ;p