Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Thursday, April 29, 2010

Naga Jantan

Tak tahu la apa kena dengan En.Rapid.Selalunya on time je.Tapi malam tadi, dekat dua jam Aku tunggu baru dia sampai.Dah la kat bus-stand ni ada banyak nyamuk terbiar.

Di tengah kesibukan sang nyamuk menggigit-gigit dan menghisap darah tiga rasa Aku dan juga penunggu setia En.Rapid yang lain, tetiba terlintas di fikiran alangkah baiknya kalau Aku boleh bertukar menjadi seekor naga jantan pada waktu-waktu genting begini.Akan Aku semburkan api keluar dari mulut Aku untuk menghalau sang nyamuk yang sedang asyik membuat onar.


Agar terbela nasib semua penunggu setia En.Rapid kat bus-stand ni...

Naga atau dragon dalam versi wikipedia :- 

Dragons are legendary creatures,typically with serpentine or otherwise reptilian traits, that feature in the myths of many cultures.

Kalau di dunia nyata sekarang ni, naga selalunya dikaitkan dengan mereka yang merokok.Mungkin disebabkan asap yang dikeluarkan oleh si perokok melalui mulut kelihatan seakan-akan sama seperti sang naga menghembuskan apinya.

Oleh kerana bus-stand merupakan salah satu kawasan larangan merokok, Aku terpaksa membantutkan niat untuk bertukar menjadi seekor naga jantan.

p/s - sila hormati lubang hidung dan paru-paru orang lain.

17 Pinggan Nasi Tambah:

KeJoRa said...

tgk la citer How To Train Your Dragon..
bestt...

anda mmg seorg perokok tegar...

Aku said...

KeJoRa - Aku tunggu DVD ori kuar je.
Leh tengok kat kedai sampai lebam.

Hahaha...

Aku seorang perokok tegar yang menghormati lubang hidung & paru-paru insan lain. :D

citahrudin said...

kuceng aku steady je makan nyamuk

KeJoRa said...

wah..nti bleh pinjam..xpuas tgk naga yg comel tuh..hahahha..

::bagus betol prinsip tu..tabik spring satu..haha..

Aku said...

citahrudin - gile gempak kucing ko...jimat duit xyah nak beli friskies or whiskas.

Hehehe....

Aku said...

KeJoRa - kalau boss Aku bagi ko pinjam, Aku no hal. :-)

sebab Aku tau ramai xsuka asap rokok.termasuk la Aku sendiri, seorang perokok tegar.

Hahaha...

citahrudin said...

nyamuk tu kira ulam je weh...

Aku said...

citahrudin - wah! kuat makan jugak kuceng ko ni...not bad.

HaiDa HiDa said...

ingatkan naga jantan tu cerita pasal movie baru.. hehehe.. tpi bagus la awak ni sbb menghormati orang lain.. :)

Aku said...

HaiDa HiDa - bukan ke hormat menghormati tu satu amalan mulia.

(alamak...terkembang pulak)

ekekeke... :-)

HaiDa HiDa said...

bagus3..

ARC™ said...

aku paling hangin kena asap sebab aku xisap rokok
abis busuk baju gua

Aku said...

Aku tumpang simpati kat ko.

Kekadang perokok tu bukannya sengaja nak bagi orang lain kena asap.

Huhuhu...

ARC™ said...

cheh xyah la isap

Aku said...

Hahaha.

Jangan la mare En.ARC™...

sweeTSour said...

yess sila hormati lubang hidung dan paru2 org laen...jgn jd naga time tggu bas, mkn buah naga sudah..hehe

en.alierostam said...

waaa...lama giler wa x naik mr rapid...last tw0 years rasenye....hehe