Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Tuesday, February 16, 2010

Gunung Nuang, Awang Dania & 2 Orang Konco

Cuti raya cina hari tu Aku & beberapa orang member Aku, tak ramai...adalah dalam 10 orang camping kat Gunung Nuang.Masuk ni dua kali Aku camping kat sini.

Sebabnya, masa first time hari tu rasa macam tak puas lak tak dapat gosok gigi kat air terjun Gunung Nuang ni (tertinggal ubat gigi). Tu yang repeat lagi sekali.Lagi pun time tu yang pergi cuma 5 orang je.Lima-lima tak gosok gigi...

Kali ni walaupun tak semua ahli majlis yang pergi, tapi kira ok la daripada tak jadi pergi langsung.Ada Don, Atuk, Daus, Mazlan Lombok, Apis Bepok, Ustaz, Sam Landak, Bihan Kecik & Awang Dania.Agak complete sikit korum berbanding camping yang lepas.


Dalam 2-3 kerat ahli majlis yang join camping kali ni, ada terselit sorang komando wannabe.Awang Dania namanya.Tengok badan dia time berlenggeng Aku dah tau, confirm kene reject awal-awal kalau apply komando.

Mana taknya, papan tu kalau tengok betul-betul dah macam badan si Awang Dania ni.Nak kata kurang makan, Awang Dania ni jenis yang tolak batu & pasir je.Lain semua sebat...

Belum kira bab error Awang Dania yang lain yakni asap & naik bukit.Sebab tu masa lalu jalan berbukit kat Gunung Nuang ni, Awang Dania sempot-sempot pancit.Alasan dia, komando pagi kena breakfast.

Padahal Aku tengok dia sama-sama dengan kita orang melantak kuih yang Don tapau masa sesi bergambar kat stesen komuter sebelum bertolak.Mungkin maksud breakfast Awang Dania tu, makan nasi berlauk telur dadar & sup kosong kot.Bilas dengan teh 'o' suam.Makanan favourite Awang Dania.

Awang Dania ni takde la hebat mana pun.Nak kata 'abang kawasan' bukan, nak kata b boys pun bukan.Tapi kalau setakat anak buah, Awang Dania ada 2 orang anak buah setia yang join sekali camping kat Gunung Nuang ni.Bihan Kecik & Sam Landak.Dua-dua dengar kata Awang Dania...

Dengar cite, Bihan Kecik dulu bercita-cita nak jadi despatch.Lepas balik dari Kem Bina Negara beberapa tahun lepas, terus tukar nak jadi komando lak.Culture shock la ni.

Belia muda kita memang mudah terpengaruh...

12 Pinggan Nasi Tambah:

hans said...

hahaha
betul2
belia memang mudah terpengaruh

Sofia said...

best hiking gunung nuang!

trek mencanak2...

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

ingatkan awan dania..hehe.. biasala orang muda...

Nazatul shima said...

bangganya tak gosok gigi..haha..

pak dogol said...

gunung nuang..

orang lama di langat panggil 'bukit hitam'..

terbelah dua kerana ular naga menyusur ke sungai..

muahaha!

+++uchi+++ said...

gunung nuang??? hahahah~~ penah g sekali je sana time sekolaha...padahal rumah xberapa jauh pun dari sana..air sg dia sejuk

Sofia said...

ada kem pacat kt situ.. tp, xde pacat pun..
selamat!!

khaziella said...

abang kawasan? haha..
klaka nama. Awang Dania.ingat buat klaka td. hahaa

ieQa sWetLuv said...

sangat best daki gunung suke sangat huhu

zeqzeq said...

hilag tension tengok sejuk hijau rimba hutan bunyi2an

liyanaKim said...

best ke?? baru nak g.

Aku said...

Not bad la...

Aku gi Nuang ni pun sebab dekat.
Malas nak gi jauh-jauh.
Takde budget...