Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Monday, August 16, 2010

Keras Di Dunia Baru

Baru sebulan lebih masa berlalu...Rasanya macam berkurun.Bosan tahap cipan kat sini, lebih-lebih lagi time Aku belum ada broadband & tv.Kalau ada broadband tu, boleh jugak online buat geli-geli.Kalau ada tv boleh Aku melayan cerita cartoon, tak pun Pearl Screen ke...

Lepas habis kelas je, terus mati kutu.Tak tahu nak buat apa.Pusing kiri bosan, pusing kanan boring...Nak-nak hari Jumaat & Sabtu. Lagi la bosan sebab ramai housemate Aku balik kampung.Ada antara diorang ni yang kampungnya tak jauh sangat.So tiap-tiap minggu la diorang balik.

Rindu bau ketiak mak katanya..!

Masing-masing berangan nak jadi Darth Vader.
Aku pulak bukannya tak nak balik kampung...Tapi rasa macam membazir duit tambang je.Maklum la, dah jadi student ni kena la berjimat-cermat sikit.Balik kampung pun bukan boleh buat apa... Melanggok juga!