Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Monday, August 16, 2010

Keras Di Dunia Baru

Baru sebulan lebih masa berlalu...Rasanya macam berkurun.Bosan tahap cipan kat sini, lebih-lebih lagi time Aku belum ada broadband & tv.Kalau ada broadband tu, boleh jugak online buat geli-geli.Kalau ada tv boleh Aku melayan cerita cartoon, tak pun Pearl Screen ke...

Lepas habis kelas je, terus mati kutu.Tak tahu nak buat apa.Pusing kiri bosan, pusing kanan boring...Nak-nak hari Jumaat & Sabtu. Lagi la bosan sebab ramai housemate Aku balik kampung.Ada antara diorang ni yang kampungnya tak jauh sangat.So tiap-tiap minggu la diorang balik.

Rindu bau ketiak mak katanya..!

Masing-masing berangan nak jadi Darth Vader.
Aku pulak bukannya tak nak balik kampung...Tapi rasa macam membazir duit tambang je.Maklum la, dah jadi student ni kena la berjimat-cermat sikit.Balik kampung pun bukan boleh buat apa... Melanggok juga!

Nak keluar merayap, tak ada transport pulak.Suka tak suka, nak tak nak terpaksa la Aku terima.Melanggok kat sini...

Makan, tidur, makan, tidur! Aktiviti yang kurang sihat untuk perut Aku kalau dibiarkan berlarutan.


p/s - Nasib baik sekarang dah ada broadband & tv...Yeehaa!

14 Pinggan Nasi Tambah:

citahrudin said...

bau ketiak mak mmg terbaek

arekymz membuyau said...

raye pon x balek ke?

Ju Asu Ra said...

dah ada brodbeng? tahniah..

Aku said...

citahrudin - hehehe...sayang mak.

arekymz membuyau - ish...mesti balik bro! :-)

Aku said...

Ju Asu Ra - ketagih ooo...tak dapat online. :-p

HaiDa HiDa said...

wahhh akhirnya terupdate gak blog ni.. hehee..

xper la, blh jimat kan.. balik time betul2 dapat cuti panjang.. baru best..

[z@ck] said...

online smpi lebam la ko kan
=)

Aku said...

HaiDa HiDa - ingatkan tak nak balik lansung...tggu habis baru balik.tapi tak kan nak raya kat sini sorang2... hehehe.

[z@ck] - aah...sampai mata lebam tak cukup tido. :-p

HaiDa HiDa said...

kalau raya tak dapat balik tak dapat la nak bayangkan.. masa kat kedah dulu, cuti 2 hari pun balik.. sampai pagi raya.. penat duk atas bus tu Tuhan saja yg tahu..

Aku said...

HaiDa HiDa - xpe if semua sekali tak dapat balik...jangan dok sini sorang2 dah la.huhuhu...

akubiomed said...

Korang buat aktivita apa sampai kena pakai jump suit?

Aku said...

akubiomed - ooo...tu bukan jump suit.tu suit untuk masuk confined space.hehehe...

nurayunni said...

sabar jer lar..

Aku said...

nurayunni - hahaha...*tengah sabar ni*