Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Wednesday, May 5, 2010

Kasih Umi

Pagi tadi Aku dapat sms dari umi...

'salam...kalau ada masa nanti call umi.'

Huh..! Suspen lak Aku bila baca sms tu.Ni mesti pasal kes Aku nak sambung belajar.Takpe...nanti tengahari kang Aku call.Sekarang ni tengah busy gila.Macam-macam kena buat & yang paling penting daily sales report kena siap.

Sebenarnya Aku cuak sebab semalam umi cakap kat Aku dia akan bagi tahu abah yang Aku nak sambung belajar.Tapi Aku gerenti abah takkan support Aku lagi.So buat apa nak cuak kan..? Relax sudah.

Settle semua kerja, Aku terus call umi.

Umi tanya 'Bila nak pergi haji..?' Pergh..! Lain macam je bunyi soalan tu.

'Entah la...lambat lagi kot.Tunggu kahwin dulu', jawab Aku spontan.

Rupanya umi nak tolong Aku sambung belajar...Dia cakap dia akan keluarkan duit dari akaun Tabung Haji Aku untuk bayar duit yuran nanti.

(Aku ada akaun Tabung Haji meh..?)

Umi cakap akaun tu dah lama wujud.Tiap-tiap bulan start dari Aku kecik sampai la sekarang, umi ada menabung kat dalam akaun Tabung Haji Aku.Cuma Aku je tak tau...

'Tapi janji...bila dah kerja nanti bayar balik ye.' pesan umi kat Aku.

Tetiba Aku rasa macam oksigen menipis je kat sekeliling Aku...

8 Pinggan Nasi Tambah:

KeJoRa said...

Mak mana ys x sayang anak? kan?

peluang n rezeki dah ada, apa lagi, teruskan je lah dgn cita-cita kamu....

perghh..dah mcm pakar motibasi plak..hehe

Syafiq Kadiran said...

balas balik jasa arent ko..wat yang terbaekk!!!make them proud!!!

dayangredzuan said...

alhamdulillah..
nanti belajar sungguh2 ye..

citahrudin said...

perghhh....ko ada rasa mcm air bertakung kt mata x?

HaiDa HiDa said...

itulah kasih ibu dan ayah kan.. tak pernah menipis untuk anak2 yg tercinta..

skank peluang dah ada, arap2 Aku dapat gnakan dengan sebaik mungkin..

ASaDa RyutaRo said...

wallaweh!!

study elok2 yoh! buat sebaik yg mungkin! mana mungkin boleh balas jasa mak yg baik camtu..

skrg ada mak jahat gak dah, main buang merata je baby dia..

tiada lain yg bahagiakan mak ayah melainkan melihat anak yg dididik jadi orang yg berguna. bahagiakan mereka yoh,,

hans said...

hahahhaha
oksigen menipis tu

atie said...

untung kamu di beri peluang berkali2 oleh ibu bapa kamu utk belajar.. jgn la sia2 kan kali ni..

satu ketika dulu, aku penah menangis merayu mohon utk sambung belajar.. tapi akhirnya aku akur.. ibu bapa ku tak mampu..

hari ini setelah bergelar ibu, aku diberi peluang olehNya untuk mencapai cita2 ku..

bertuahnya kamu..