Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Friday, April 9, 2010

Musim



Setiap generasi punya citarasa sendiri,
Gaya nan terkini irama muda-mudi...
Fikir cara terbuka, jangan pandang NEGATIF saja.
Inilah masaku, biar ku dengan.....

<<<

Kriiinnnggg.....

Aku, Kuda, Syam & Azri lincah belari ke kantin.Perut masing-masing dah kebulur.Lepas ni kita orang ada aktiviti ko-kurikulum bebas lak kat tepi kelas.

"Bagi saya nasi lemak satu bang..." pinta Aku sopan pada abang kantin parut kat bawah bibir yang dengar ceritanya baru keluar Pudu.

Tapi macam pelik pulak Aku dengar bila abang kantin parut kat bawah bibir baru keluar Pudu tu pulangkan balance Aku sambil cakap "Tima kasih dik.Datang lagi ye".

Ish...lain macam pulak peginye.Berbudi pekerti rupanya abang kantin parut kat bawah bibir baru keluar Pudu ni.

Aktiviti ko-kurikulum bebas hari ni, Syam nak tunjuk kat kita orang yang dia lagi hebat buat worm berbanding KRU Posse. Memang tu la sebenarnya dari dulu lagi dia nak buktikan.

Mungkin keadaan tak mengizinkan sebab setiap kali dia nak tunjuk, ada saja halangannya.Kaki krem la, perut kenyang sangat la & 1001 lagi macam masalah.

Maka hari ini setelah habis kotor baju dia akibat terkena tumpahan kuah mee kari, selepas pekena Dunhill sebatang pancung empat orang, si Syam ni telah buktikan bahawa kalau dia training dalam keadaan yang bersungguh-sungguh dan dengan penuh istiqamah, mungkin lagi 7-8 tahun dia boleh jadi back-up dancer KRU.

Kriiinnnggg.....

Sekejap betul masa rehat.Aku rasa pihak kementerian kena pertimbangkan lagi untuk panjangkan masa rehat budak-budak sekolah ni.

>>>

"Sekarang ni musim budak hentak-hentak kaki, cucuk langit langgar dinding..." bentak Karat tetiba.

"Oooh...ye ke? Aku ingat sekarang ni musim orang dok gila rock dangdut." bisik Aku perlahan sambil tangan dok seluk poket cari lighter.

12 Pinggan Nasi Tambah:

nasikputeh said...

haha..

tu la..

sytle ni macam roda..

style zaman dulu akan jd ikutan balik..

p/s: bro, buang ar varification word tu.. aman siket nk komen pasni..

Aku said...

Ok...keamanan untuk ko nasikputeh.

KeJoRa said...

zaman dah berubah.....

err...sekrg ni pesen ape ek?

Aku said...

Sekarang ni kalau ikutkan ada macam-macam pesen cik KeJoRa oi..!

^ ZuMaWaMBa ^ said...

sekolah imma 20minit je ms rehatnye!!
(>__<)

Aku said...

20 minit..?

Aku 'melabur' je dah 1/2 jam.
Teruk betul diorang ni.

Ish3...

BonekadalamChermin said...

aku sukala cerita kau pakcik.
ada style~~ gheeeee =)
menulis lah lagi..lagi..dan lagi..

arekymz membuyau said...

xpayah..
cukop la rehat tuh..
xyah lelame..
leh balek awal..

dkama said...

yang pasti takkan Rock hilang di dunia... PEACE...

HaiDa HiDa said...

rasanye ok jer waktu rehat masa sekolah dlu.. lgpn waktu rehat sye minum air jer.. hehehe..

Bestari said...

Tingat masa dulu waktu rehat mkn bihun dlm plastik. Bocorkan bucu plastik tu dan tekan mee tu kuat2..mkn plak atas pokok ubi gajah...huhuhu..kenangan terindah..

KERAK NASI said...

yusry...hemsem sepanjang zaman...weee...