Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Tuesday, January 19, 2010

Komen & Menang..!

Akhirnya hari ni sempena birthday Aku, Aku dah ada blog 'free'.Kiranya ni blog ke-2 Aku.Blog pertama Aku, blog berbayar.(dot com Aku sendiri) Terbalik lak Aku ni.Orang selalu ada blog free lepas tu baru buat blog berbayar.Ntah...(lantak la...)

Blog ni Aku buat sebenarnya sebab...azam tahun 2010 Aku nak ada blog ke-2.So alhamdulillah...salah satu azam 2010 aku dah tercapai. (ceh...)

Sebab ni post pertama blog Aku & hari ni birthday Aku, Aku tetiba rasa macam hari ni mood Aku baik lak.Selalu hari-hari rasa macam nak lempang je budak-budak yang dok masuk kedai Aku, lepas tu bikin kecah...bukan nak beli pun.(woi, apa tengok-tengok..!beli la.)

Apa kata Aku bagi hadiah sikit kat korang.Bukan semua k...Kalau Aku bagi kat korang semua, alamat pokai la Aku.So Aku buat ala-ala peraduan Teka & Menang.Tapi Aku punya Komen & Menang..!


Cara dia...korang komen je kat post Aku ni.Pasal Arsenal ke...pasal harga jintan mahal sangat ke...atau pasal apa-apa je.Janji komen...Hadiah tu Aku akan bagi pada pengomen yang ke 14 ribu 7.Jangan lupa sertakan sekali email korang kat komen tu.Supaya Aku senang nak contact korang nanti kalau korang menang...
Apa hadiah dia..? Hadiahnya tak la mahal mana pun...(mahal lagi Blu-Ray kat kedai Aku).Aku bagi cash USD 5 580.00 je RM 10.00 bank-in terus ke akaun bank korang.

Ok la tu...kalau korang ni perokok, dah boleh beli sekotak Marlboro Light besar.Kalau hisap Surya, rasanya korang boleh dapat 2 kotak kot.(ntah la...cuba tanya Wadee) Korang hisap la sampai bibir korang terbalik.Kalau korang ni penasi, beli nasi campur siap dengan tapau air oren lepas tu...ntah-ntah ada balance.Boleh beli rokok sebatang lagi.

Amacam, ada bran..? Apa lagi.Komen je la...


p/s : pemenang akan Aku umumkan kat post seterusnya.tunggu... 
p/s/s : comment moderation Aku 'on' supaya korang tak tau korang ni pengomen yang ke berapa.haha...
p/s/s/s : bukan kedai Aku sebenarnya... just tempat Aku cari rezeki.Aku cuma ada BLOG je...

12 Pinggan Nasi Tambah:

kristalsemulajadi said...

bro...suray 16 RM4.90 so,klu dapat RM10 aku boleh beli 2 kotak suray hehehe...apa2 pun tahun ni gua yakin Arsenal blh bit MU hehehe

SYIN said...

hahaha...ayat penulisan gila-gila...hehe..

Anarm said...

aku dtg komen untuk dptkan hadiah.. :p

fxy said...

komen

Akuro San said...

huhu~ rajin tul... baru first entri dah buat contest~
apa pun tahniah sebab dah dapat buat blog yang ke-2. walaupun blog free~ huhu~

my email: nur.keistimewaan@gmail.com

Fairosza said...

salam..nak tau link blog pertama tu blh x??=)
nk kene hntr komen banyak2 ni kalo nk mng...hehe

adlysyam/karatt said...

perghhh...tunggu birthday baru launch blog! gempakkkkk!

Brilliant Marjan@اداويه said...

Salam..

Selamat ulang tahun kelahiran buat AKU..Semoga anda berjaya dalam hidup..

~ Sy xsuka laki perokok...org kata macho tp bg sy pengotor...sy xselesa...lemas oooo

ann said...

ish.
camne nak dapat spuluh hinggit lau camni..
kene komen tujuh kali la..
hahaha.

Abu Aswad said...

Salam, hah amcm? Sy adalah owg ptame yg komen nie... huhu Kira bagus la tu ada blog sndiri. Kalu kita tgk kat luar tu ramai lagi yg xde blog. Ada jugak owg suruh sy tlg watkan blog tapi xsempat. Kalu ada je nanti kita wat berduet ja bro. Ok? hehe

Hamdi said...

hahaha
saya nak comment
boleh tak?

Aku said...

Thanks pada semua yang komen & congrats adlysyam/karatt...

Nanti Aku contact ko.