Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Wednesday, April 21, 2010

Muzik Korang, Lagu Kita...

Muzik...Lagu...sama je kot.Bagi Aku, tak kisah lah muzik apa.Aku layan je...Best ke tak best ke, Aku henjut.Kalau rasa nak muntah, Aku stop kejap.

Senang je nak bagi lagu yang hampeh jadi tahap lagu 'boleh layan'.Petua Aku, dengar je banyak-banyak kali.Buat bodoh.Nanti lama-lama confirm terikut nyanyi.Maksudnya dah 'boleh layan' la tu.


Aku kadang-kadang malu, segan, takut, fobia, stim & macam-macam rasa bila ada 'orang luar' masuk kedai Aku.Maksud 'orang luar' tu macam mat saleh, japanese, pak itam, pak arab atau nepal sekalipun.Janji bukan orang kita.Malaysian...

Walaupun jenis-jenis dia orang ni boleh kira berapa kali je masuk kedai Aku, tapi dia orang ni selalu buat Aku rasa rendah diri* & serba tak kena.

Biasa la pelancong.Dia orang mesti la nak buat balik something.Maksud Aku souvenir. Yang buat Aku jadi serba salah bila dia orang nak Aku suggestkan lagu apa yang sedap di dengar.Lagu Malaysia, penyanyi kita...Kalau boleh lagu baru.

Bab ni memang Aku barai.Bukan Aku sengaja barai atau buat-buat barai.Tapi dia orang yang baraikan Aku (jangan salah faham).

Mana taknya...lagu yang Aku bagi dia orang dengar, kebanyakannya dia orang tak berkenan.

Bila pikir balik, betul jugak.Kalau bagi kat Aku, free Aku ambil.Kalau beli sorry la...

Kekadang tu satu dua lagu je yang best, yang lain semua tangkap muat...Kecewa Aku.

Kalau solo lelaki, Aku selalu suggestkan Anuar Zain atau Faizal Tahir...Kekadang menjadi.Dia orang suka, dia orang beli.Kekadang tak menjadi...Bila tak menjadi tu baru suggest orang lain.Tapi selalunya gagal...

Kalau dia orang mintak solo perempuan, Aku memang boleh bukak kepak sambil jengketkan kaki Aku bagi nampak tinggi sikit.Sebab ape..? Sebab Kak Siti memang tak pernah kecewakan Aku.Ramai tewas bila Aku suggestkan kat dia orang lagu Kak Siti.Confirm borong.

Marvelous..! Excellente..!

Band, kumpulan, group...memang masalah besar bagi Aku.Pernah gak Aku suggest kat dia orang Search/Wings.Tapi macam Aku tulis tadi...kebanyakan dia orang nak lagu baru.Search/Wings tu dah tahap otai.Dengar muzik dia orang pun dah tau 80an/90an...Dan selalunya Aku confirm gagal kat stage ni.

Mana silapnya & apa masalahnya, Aku rasa kita dah pun sedia maklum...Dan secara tak langsung, Aku antara orang-orang yang terkena tempias akibat kemerosotan industri muzik Malaysia.


*Rendah diri bukan kerana rendah..!

11 Pinggan Nasi Tambah:

Selamber Rock said...

mungkin citarasa muzik org malaysia dah berubah kerana ikut arus permodenan...mungkin..

HaiDa HiDa said...

kesiannya sampai 'Aku' pn terkena tempias kemerosotan industri muzik.. sabar2 k..

aida said...

lain citarasa.... lain pemahaman~

[z@ck] said...

maybe org skang lebih suka muzik modern..yg catchy2..universal la senang cakap..
=)

Keyyah said...

uik cm 2 ek...terlalu susah nk cr artis yg berpontensi skrg..

hans said...

aku semua lagu layan

imma.jayma.azima said...

tapi imma rendah diri sebab imma kurus!
ekekeke~ ;D

makwe joni said...

aku sambung cakap kejora

arus pemodenan kian deerasss
pastikan kita tak lemass...

SHIKIN said...

susah sggh yek bila kita suggest org xberkenan..nk cdg sikit, klu band, trylah bg indie band kan skrg tgh ngetop...ape2pun i like Faizaltahir huhuhuu

Wanita Timur said...

mai la moden camne pun.. dalam hati aku memang tak lari dari suka muzik nasyid ... penyejuk jiwa, pelembut , penenang fikiran,hehehe

nich said...

nape tak cadang kan album mawi? ehemm heheheheheheheheheehhe