Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Friday, March 19, 2010

Mari Berkempen..!


Aku sokong sangat-sangat la kempen Hari Tanpa Beg Plastik ni.Kalau boleh hari-hari pun tak pe.Save sikit budget kedai Aku.Takde la tiap-tiap minggu Aku nak kena order beg plastik.

Lagipun, baru la nampak kesan dia pada masyarakat dan juga environment kalau buat kempen ni hari-hari.Sama la macam diet...Seminggu sekali je diet.Pastu hari-hari lain melantak bagai nak gila.Boleh slim ke Cik Kak..?

Apa guna keluar berjalan bawak handbag/bagpack besar-besar kalau setakat beli barang cinonet pun nak letak dalam beg plastik.Sumbat je la dalam beg tu...

So, Aku harap lepas ni Kerajaan Negeri Selangor akan menaikkan taraf kempen ni menjadi kempen Selangor Bebas Beg Plastik.Amacam, ok tak..?

Biar mengamuk tokey kilang beg plastik kat Semenyih tu.

4 Pinggan Nasi Tambah:

dkama said...

Yesszzzzzzza beg plastik tak diperlukan lagi.. Kempen2... PEACE...

hans said...

hahahaha
bagus2

A.A said...

lol
i thought sbb environment tp rupanya sebab jimat cost kedai :P

wadee said...

betul2....gua skong lu bro...gua pun x pyah nak order plastik bag dkt HQ hahahaha...so same2 la kite berkempen zero platik bag tiap2 hari hahaha...