Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Sunday, January 31, 2010

Layar Lara

Hari cuti Aku memang suka duduk terperap je kat rumah.Mengadap laptop...Jarang sekali Aku keluar.Tapi kali ni, mungkin sebab dah terlampau lama mengadap laptop kot, Aku rasa mata Aku macam dah naik juling.So, baik Aku rileks.Puasa online jap...Kang 'permanent' lak juling mata Aku ni.Keluar layan movie kat cinema pun best gak.

Sampai Jusco, Aku terus lincah gi TGV.Usha dulu cerita apa yang best.Tapi Aku dengar member-member kat fb cakap cerita blue 'Avatar' best.Bedal lah...layan tengok sorang-sorang.(pergh, masuk air..!)


Tuesday, January 26, 2010

Komuter - Cerita Dalam Gerabak

Public transportation..! Yes, Aku memang suka naik kenderaan awam ni.Lagi-lagi komuter...Tak tahu la apasal Aku admirer sangat kat keretapi ni.

Ingat lagi masa Aku kecik-kecik dulu.Time tu komuter belum wujud lagi.Yang ada cuma 'rel bus'.Seronok sangat bila dapat naik rel bus ni.Sampaikan cousin Aku yang sorang tu menangis sebab terlampau seronok.(taksub gile..!) Rel bus ni lebih kurang sama la macam komuter gak.Cuma takde air-cond & lagi lembap...

Sekarang ni, kalau Aku rasa nak gi KL ke...Mid Valley ke, Aku lagi suka naik komuter.Aku tak suka bawak kereta.Sebabnya...Aku takde lesen & Aku mana ada kereta..!

Dalam rutin hidup Aku, paling tidak pun sebulan sekali Aku mesti naik komuter.Sebabnya, Aku kena pergi hq - meeting.So, kene naik komuter.Layan tu...

Bestnya naik komuter ni sebab banyak awek.(cuci mata free ooo..!) Paling ngam pagi.Time tu awek semua tengah fresh, sugar-bugar & bermacam-macam perisa.Tommy Girl, Issey Miyake, CK Escape, semua ada.Pilih je nak bau apa.Wanginya sampai boleh gugur bulu-bulu hidung...

Tapi...langit tak selalunya cerah, kehidupan tak selalunya indah...

Friday, January 22, 2010

Bukan Lagi Favourite

Dulu...air milo, rasa milo.Air sirap, rasa sirap.
Sekarang... air apa pun sama je rasa, tak sedap. (konsep 1rasa kot...)

Dulu...bersih, kemas, cantik. (rock, clean & steady...)
Sekarang...dah macam tongkang pecah rupanya...

Dulu... cerita semuanya best. (dvd cetak rompak la tapi...)
Sekarang... asyik dok pasang drama tv bersiri. (tak rock langsung!)

Dulu... blah.
Sekarang... dah tak boleh blah.

Seloka rakyat madah berhelah dua tiga kerat kat atas tu, Aku tujukan pada Pakcik Rock Dulu-Dulu.Semua ni gara-gara Pakcik Rock Dulu-Dulu tukar 'assistant manager' dia.

Wednesday, January 20, 2010

Sama Je...

Huh..! Tahun ni paling banyak Aku dapat wish birthday.(kecoh...) Tersedar ari ni pun sebab ada sms masuk kat handphone Aku.Wish birthday katanya...Nombor tak kenal, tapi gaya macam pompuan.Ah...reply je.Kalau bapok pun lantak la.Susah-susah Aku pass je nombor phone bapok tu kat Ijan.Pandai la dia setelkan...

Nak tidur balik dah tak boleh.Kacau betul...Bukak laptop la apa lagi.Login Facebook.Huh..! Kalah sms part wish birthday kat fb ni.Terpaksa la Aku melayan, balas ucap tima kasih.Kang Aku tak balas cakap Aku sombong.. bongkak.. takbur.. makan gaji buta.

Birthday tahun ni, sama je macam tahun yang lepas-lepas...Duduk kat rumah.Bukan tak nak keluar, tapi...tak tau nak pegi mana.(ceh alasan...padahal takde pompuan nak ajak keluar.) Beza die, tahun ni Aku terperap dalam bilik dengan laptop.Layan fb...

Tahun ni, first time Aku buat peraduan kat blog Aku. Teka & Menang Komen & Menang.(yela...tahun lepas-lepas, Aku mana ada blog.) Bukan apa, saja nak promote sikit blog ni...Ok gak la sambutannya.Walaupun tak semeriah & sehangat sambutan Hari Merdeka.

So...ni lah pemenang dia.Pengomen ke-7.

Tuesday, January 19, 2010

Komen & Menang..!

Akhirnya hari ni sempena birthday Aku, Aku dah ada blog 'free'.Kiranya ni blog ke-2 Aku.Blog pertama Aku, blog berbayar.(dot com Aku sendiri) Terbalik lak Aku ni.Orang selalu ada blog free lepas tu baru buat blog berbayar.Ntah...(lantak la...)

Blog ni Aku buat sebenarnya sebab...azam tahun 2010 Aku nak ada blog ke-2.So alhamdulillah...salah satu azam 2010 aku dah tercapai. (ceh...)

Sebab ni post pertama blog Aku & hari ni birthday Aku, Aku tetiba rasa macam hari ni mood Aku baik lak.Selalu hari-hari rasa macam nak lempang je budak-budak yang dok masuk kedai Aku, lepas tu bikin kecah...bukan nak beli pun.(woi, apa tengok-tengok..!beli la.)

Apa kata Aku bagi hadiah sikit kat korang.Bukan semua k...Kalau Aku bagi kat korang semua, alamat pokai la Aku.So Aku buat ala-ala peraduan Teka & Menang.Tapi Aku punya Komen & Menang..!