Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Wednesday, January 19, 2011

Setahun Jagung & Cek Nuffnang

OMG! (Oh...Memang Gempak!) Time-time gawat macam ni tiba-tiba Aku teringat yang blog Aku ni ada buat income sikit.Walaupun tak mencecah angka puluhan ratusan ribu-raban Ringgit Malaysia, tapi boleh la juga nak buat duit poket bagi penganggur macam Aku ni.

Hujung bulan November tempoh hari, Aku dah cashout duit yang ada dalam akaun Nuffnang Aku.Dan kesudahannya...beberapa hari lepas, cek dari Nuffnang selamat sampai ke tangan Aku. Alhamdulillah..!

Berita gembira tu Aku kongsikan bersama dengan diri Aku sendiri bersempena besday Aku dan juga ulangtahun yang ke setahun jagung blog Aku pada hari ni. (Lebih kurang macam bagi hadiah untuk diri sendiri la ni.)

Maklum la...nak harapkan orang lain bagi hadiah, Aku bukan lagi dalam kategori budak manis 17 atau bukan juga dalam kategori bayi comel.Tapi still lagi tergolong dalam kategori remaja...remaja tua.So jangan mimpi la ada orang tetiba baik hati nak bagi hadiah.

Aku nak ucapkan ratusan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada korang yang ringan jari mengklik iklan kat blog Aku ni.Tanpa klik korang, iklan yang berkelip-kelip tu memang takde makna...Mungkin sekadar hiasan untuk mencantikkan bagi mata yang memandang.Semoga rezeki korang yang ringan jari tu sentiasa melimpah-ruah.Amin..!

Support dari korang semua amat-amatlah dihargai bagi blogger macam Aku.Walaupun kurang tegar...tapi keinginan untuk menulis menaip tu tak pernah luput.


p/s :   apa punya cc la...usb port pun tak boleh pakai.So tak dapat la Aku nak upload gambar cek Aku tu.Bukan nak berlagak...tapi sebagai bukti je yang Nuffnang ni memang betul-betul akan bayar.

6 Pinggan Nasi Tambah:

eQuRlz said...

tahniah :) best tu dpt duit..

Ju Asu Ra said...

lama xhapdet blog..hehehe..

hepi besday...

Nor Moscow said...

congrate!..lepas ni bolehlah belanja akak kan?

madammondoq said...

tahniah..hope sy pun leh cash out soon...
salam singgah untuk tahu apa panggilan hangit yg saya dapat..
TQ

apisv2 said...

salam,
mengunjungi rakan2 blog;)
slmt berkenalan,
blog

apisv2

Ain Asrar said...

dah cashout! belanja kitew makan pehliss hihi :D