Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Wednesday, July 11, 2012

Kelas Power Searching with Google

Dapat email dari Google yang inform kelas Power Searching with Google dah start hari ni.Tapi apakan daya, mata Aku dah tak boleh nak celik sangat sekarang ni.Mungkin esok Aku akan start dengan bab atau kelas no.1.

Kalau ada yang berminat, ni link untuk korang register Power Searching with Google.


Ops..! Lupa nak bagitau.Kelas ni free of charge.Dan Google akan bagi sijil (via email), tu pun if korang score 70% dan keatas untuk assessment dia.Keh keh keh...

Monday, July 9, 2012

Tips Cari Handphone Murah

Tempoh hari lepas balik kerja, Aku ke Plaza Alam Sentral Shah Alam.Niat hati nak sambar la sebijik handphone.Dengar cerita kat sini harganya antara yang termurah.

Lepas park je motor, tanpa buang masa nak sikat rambut ataupun lap-lap muka, Aku terus ke level yang kedai handphonenya memang bersepah.Sampai je Aku kat level tu, rasa syukur ke hadrat Illahi sebab tempat tu dah jadi zon larangan merokok.



Tak seperti beberapa tahun sebelum ni yang mana, kalau datang kesini ibarat seperti masuk ke dalam lubang ekzos lori hantu.Asap berkepul-kepul.

Aku bukannya apa, kesian kat budak-budak kecik yang tak berdosa datang kesini menemani ibubapa diorang shopping,tak pasal-pasal sedut asap rokok.Risau Aku, takut budak-budak tu kecik-kecik lagi ketagih mintak kat mak nak asap rokok.Naye bai..!

Berbalik kepada cerita Aku tadi...disebabkan terlampau banyak kedai handphone, maka kenalah Aku mencari kedai yang boleh memberikan harga yang termurah.Dari satu kedai ke satu kedai Aku servey.Dan akhirnya ada satu kedai yang boleh bagi Aku harga yang termurah diantara semua kedai yang ada kat situ.

Dan kedai tu terletak dipelosok hampir belakang sekali.

So tips Aku, kalau nak cari handphone yang termurah kat satu-satu tempat tu kene rajin sikit.Servey semua kedai yang ada kat situ.

Selalunya kedai yang paling tak strategik atau tersorok kedudukannya, kebiasaan akan bagi harga terendah.

keh keh keh.


p/s : selamat mencuba..!



Sunday, July 8, 2012

Oh My Blog!

Oh My Blog! Lama sungguh tak di update.Ada saja halangan.Paling ketara ialah sebab kekurangan idea kot.Mahu saja Aku tukar blog Aku ni jadi blog politik.Tapi...susah juga, sebab Aku ni memang jenis yang tak amik port langsung pasal benda alah ni.

So lepas fikir-fikir pro & kontranya...blog ni Aku akan sumbat dengan apa-apa saja yang Aku rasakan relevan dan tak memudaratkan keselamatan sosial Aku.Asalkan diupdate.



Blog ni bukan lagi semata-mata bercerita pasal perihal Aku (sekali-sekala tu mungkin ada la).Ianya akan dicampur adukkan dengan update pasal perkembangan semasa, gadget-gadget terkini, isu-isu hangat atau apa-apa saja yang Aku mampu tulis.


p/s : dah nama pun blog Aku...suka hati Aku la.