Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Friday, May 28, 2010

Pro & Kontra

Semenjak dua menjak tak ada motor ni, Aku dah tergolong antara penumpang setia En.Rapid untuk perjalanan balik ke rumah selepas kerja.Kalau time gi kerja Aku lagi prefer bas mini atau cab.

Selalunya cab memang menjadi pilihan Aku di waktu pagi sebab...Aku memang bangun lambat.So kalau nak tunggu bas, alamatnya tengahari buta la baru Aku buka kedai.

Lepas tu confirm kena saman dengan pak guard or mak guard.Kemudian kemungkinan besar akan di susuli pula dengan maki hamun dari En.Boss.

Huh..tak sanggup Aku!


Dua tiga hari kebelakangan ni, Aku sering di ganggu oleh ketidakselesaan yang teramat sangat apabila naik En.Rapid ni.Gangguan yang di maksudkan tu adalah bauan yang di bawa sekali oleh penumpang lain.

Bau kaki cagu..!

Friday, May 14, 2010

Tukar Nama

Abah & umi datang jumpa Aku sebab nak settle kes Akaun Tabung Haji.Nak tukar nama Aku.

Masuk kereta, umi diam je takde cakap sepatah pun.Cuma sekali-sekala je dengar suara abah.Tu pun sebab nak tanya Aku, jalan mana kena lalu untuk ke Bank Tabung Haji seksyen 18.

'kiri...'
'roundabout ambil kul tiga'
'traffic light belok kanan, lepas tu kiri'

Lenggang gila Bank Tabung Haji ni.Mungkin bukan musim orang gi Mekah kot.Berbeza dengan Maybank seksyen 14 yang sentiasa busy je.

Wednesday, May 5, 2010

Kasih Umi

Pagi tadi Aku dapat sms dari umi...

'salam...kalau ada masa nanti call umi.'

Huh..! Suspen lak Aku bila baca sms tu.Ni mesti pasal kes Aku nak sambung belajar.Takpe...nanti tengahari kang Aku call.Sekarang ni tengah busy gila.Macam-macam kena buat & yang paling penting daily sales report kena siap.

Sebenarnya Aku cuak sebab semalam umi cakap kat Aku dia akan bagi tahu abah yang Aku nak sambung belajar.Tapi Aku gerenti abah takkan support Aku lagi.So buat apa nak cuak kan..? Relax sudah.

Settle semua kerja, Aku terus call umi.

Tuesday, May 4, 2010

Melepas La...

Dulu Aku memang malas nak belajar.Abah Aku hantar Aku masuk kolej, Aku main-main.Ponteng kelas, assignment hampeh tak hantar.

Kekadang tu, tajuk assignment pun Aku tak tau.Gila bangang Aku time tu.Maklum la, abah Aku support semua.Dia takde letak syarat pun Aku kena bayar balik.

Member-member yang satu batch dengan Aku dah dapat diploma, Aku still sangkut kat semester 4.CGPA pun cukup-cukup makan.Banyak sangat subjek yang kantoi.Lama-lama bosan.Aku berhenti belajar.

Abah Aku memang cool...Dia bagi Aku peluang ke-2.Tapi Aku still main-main lagi.Tak puas enjoy, bisik hati Aku...Kali ni tak sempat nak merasa semester 3, Aku dah buat hal.Sangkut paper sana-sini.Bangang Aku datang lagi...Aku berhenti belajar.