Orang lain berduit, ada kereta, ada rumah, ada itu, ada ini & ada segala macam jenis kemewahan. Tapi Aku, cuma ada BLOG je...™

Friday, February 26, 2010

Salahkah Aku..?



Salahkah Aku..?

Tuesday, February 16, 2010

Gunung Nuang, Awang Dania & 2 Orang Konco

Cuti raya cina hari tu Aku & beberapa orang member Aku, tak ramai...adalah dalam 10 orang camping kat Gunung Nuang.Masuk ni dua kali Aku camping kat sini.

Sebabnya, masa first time hari tu rasa macam tak puas lak tak dapat gosok gigi kat air terjun Gunung Nuang ni (tertinggal ubat gigi). Tu yang repeat lagi sekali.Lagi pun time tu yang pergi cuma 5 orang je.Lima-lima tak gosok gigi...

Kali ni walaupun tak semua ahli majlis yang pergi, tapi kira ok la daripada tak jadi pergi langsung.Ada Don, Atuk, Daus, Mazlan Lombok, Apis Bepok, Ustaz, Sam Landak, Bihan Kecik & Awang Dania.Agak complete sikit korum berbanding camping yang lepas.

Friday, February 12, 2010

Warga Dunia Biru

Kerja tak banyak mana pun.Tapi saja Aku acah-acah busy.Baru la kerja namanya...Kang kalau dok rileks cakap Aku makan gaji buta lak.

Tengah Aku dok acah-acah busy buat rutin harian, tetiba ada sorang pakcik masuk kedai Aku.Time tu dah ada dalam 4-5 orang customer kat dalam kedai.Pakcik ni lain macam lak Aku tengok...Gaya macam suspect aka.Mana taknya, masuk-masuk je terus usha kaunter.Nasib baik time tu Aku ada kat kaunter.Bahaya ni...Jangan cari pasal pakcik!



Tuesday, February 9, 2010

Macam-Macam Hal

Macam biasa la...Bila cuti ni boleh bangun lambat sikit.Hajat hati nak kemas-kemas bilik.Dah macam tong sampah lak Aku tengok bilik ni.Dapat touch-up2 sikit pun dah kira ok.

Bangun-bangun check fb dulu...Tengok-tengok kalau ada apa-apa perkembangan dunia.Ke tak pun mana tahu ada lagi muncul dua tiga orang malaun yang menulis tak guna otak.Kang dah jadi kes, confirm menggelabah.Gugur semua bulu...


Friday, February 5, 2010

Jantan-Jantan Atas Bunga

Aiseyman..! Bangun lambat lagi hari ni.Jangan harap la nak mandi.Mana sempat.Tak pe...Aku ada ubat ketiak.Sental je lebih sikit.Bukan orang tahu pun Aku mandi ke tak.Janji ketiak wangi...

Aku kena buka kedai sebelum pukul 10.30am.Kalau lambat, confirm ada pak guard atau mak guard yang dok terpacak kat depan kedai nak mintak autograf.Bukannya tak biasa...Selalu sangat Aku sain.Dah naik muak.